Kapal Tangki MT Orkim Harmony Dijumpai di Perairan Kemboja

Kapal Tangki MT Orkim Harmony Dijumpai di Perairan Kemboja
Kapal Tangki MT Orkim Harmony Dijumpai di Perairan Kemboja

Berita terbaru yang diketahui berkenaan dengan kapal tangki MT Orkim Harmony bahawa ianya telah pun dikesan berada di perairan Kemboja. Perkara ini telah dinyatakan oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Kapal tangki MT Orkim Harmony pada masa sekarang ini sedang diawasi oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia. Semua agensi ini sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan semua anak kapal yang berada di dalam kapal.

Tambahan pula, kapal tersebut telah pun ditukar nama dan catnya oleh perampas bagi mengelakkan dikesan tetapi akhirnya boleh dikesan dengan kerjasama semua pihak.

Kapal tersebut sedang membawa 6,000 tan metrik petrol yang berjumlah RM 21 juta yang mula dikesan hilang pada pukul 8.57 malam pada hari Khamis. Kapal ini dalam perjalanan untuk menghantar bekalan minyak dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan di Pahang.

Sebanyak 22 anak kapal berada di dalam kapal tangki MT Orkim Harmony termasuklah 16 rakyat Malaysia dan beberapa anak kapal lain daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. Semua pihak berharap agar semua anak kapal dapat diselamatkan dan perampas tersebut di bawa ke muka pengadilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam