Kampung Oymyakon Paling Sejuk di Dunia Berada di Rusia

Kampung Oymyakon Paling Sejuk di Dunia Berada di Rusia

Kampung Oymyakon Paling Sejuk di Dunia Berada di Rusia
Kampung Oymyakon Paling Sejuk di Dunia Berada di Rusia

Berita menarik apabila Kampung Oymyakon Paling Sejuk di Dunia Berada di Rusia. Kampung ini sememangnya terkenal dengan purata suhu pada bulan Januari sahaja adalah serendah -50 darjah celcius.

Tambahan pula, berita berkenaan kampung ini yang terkenal dengan panggilan ‘Pole of Cold’ telah juga merekodkan suhu paling sejuk iaitu pada -71.2 darjah celcius.

Suhu yang dicatatkan tersebut adalah yang paling terendah pernah dialami di sebarang lokasi di bumi dan juga yang direkodkan di hemisfera utara.

Selain itu, Kampung Oymyakon yang menempatkan 500 orang juga pernah menjadi tempat perhentian buat binatang rusa pada tahun 1920 dan 1930-an.

Selepas itu, tempat ini telah dijadikan penempatan tetap kepada penduduk oleh kerajaan pada ketika itu sebagai usaha membantu masalah penduduk nomad.

Walaupun begitu, Oymyakon merupakan kampung yang paling sejuk tetapi nama Oymyakon adalah bermaksud Air Yang Tidak Beku di mana mengambil nama kepada mata air panas di kawasan yang berhampiran.

Kampung Oymyakon Paling Sejuk di Dunia Berada di Rusia di mana penduduk-penduduk masih lagi menggunakan arang dan kayu bagi memastikan badan sentiasa panas. Kebanyakan tandas juga berada di luar bangunan.

Tanaman tidak boleh tumbuh di kampung ini disebabkan cuaca yang sejuk maka penduduk kampung hanya makan daging rusa dan kuda. Mereka melakukan kerja menternak rusa, memburu dan menangkap ikan di kawasan beku.

Para penduduk tidak kekeurangan khasiat kerana mereka meminum susu binatang yang diternak. Akses kepada perkhidmatan telefon bombit sememangnya ada tetapi tidak berfungsi kerana cuaca yang terlalu sejuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam