Kaki Ayam Bertaburan di Lebuhraya Utara Selatan

Kaki Ayam Bertaburan di Lebuhraya Utara Selatan
Kaki Ayam Bertaburan di Lebuhraya Utara Selatan

Kaki ayam bertaburan di Lebuhraya Utara Selatan di mana berita yang diketahui berlaku di kawasan Sungai Petani. Tiga orang mengalami cedera ringan apabila lori yang membawa bungkusan kaki ayam telah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan 11 buah kenderaan.

Kemalangan tersebut berlaku lebih kurang pukul 6.30 pagi yang melibatkan empat buah lori, enam buah kereta dan sebuah motosikal.

Tambahan pula, kemalangan ini berlaku disebabkan oleh lori yang membawa muatan kaki ayam cuba untuk memotong kenderaan lain tetapi telah melanggar di belakang lori yang lain. Lori yang membawa muatan kaki ayam itu telah melanggar pembahagi jalan dan akhirnya telah berhenti di atas jalan raya.

Pelanggaran tersebut telah menyebabkan bungkusan kaki ayam telah jatuh berselerak di atas jalan yang membabitkan kedua-dua jalan yang bertentangan. Beberapa kenderaan telah gagal untuk mengelak dan telah melanggar bungkusan kaki ayam tersebut.

Kaki ayam bertaburan di Lebuhraya Utara Selatan juga telah menyebabkan sebuah lori yang berhenti di belakang lori tersebut telah dirempuh oleh kereta yang cuba untuk mengelak bungkusan kaki ayam.

Beberapa orang telah cedera ringan dalam kemalangan ini yang melibatkan seorang pemandu lori, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam