Jumlah Tontonan Seluruh Dunia Video Jaringan Gol Faiz Subri Tertinggi

Jumlah Tontonan Seluruh Dunia Video Jaringan Gol Faiz Subri Tertinggi

Jumlah Tontonan Seluruh Dunia Video Jaringan Gol Faiz Subri Tertinggi
Jumlah Tontonan Seluruh Dunia Video Jaringan Gol Faiz Subri Tertinggi

Berita yang sangat mendebarkan apabila jumlah tontonan seluruh dunia video jaringan gol Faiz Subri tertinggi yang merupakan finalis Anugerah Puskas Fifa 2016. Hanya satu hari sahaja lagi sebelum anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berlangsung di mana Mohd Faiz Subri masih lagi mendahului dua orang pesaing yang lain.

Berita yang terkini iaitu video yang berada di FifaTV di Youtube telah menunjukkan bahawa peminat seluruh dunia melihat video berkenaan dengan jumlah tontonan sebanyak 2,362,950 kali.

Tambahan pula, ianya jauh ke hadapan meninggalkan jaringan gol yang dilakukan oleh Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela iaitu Daniuska Rodriguez.

Jaringan sensasi tersebut telah dihasilkan oleh Faiz Subri ketika dalam perlawanan Liga Super 2016 iaitu dengan kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada 16 Februari 2016.

Johnath Marlone Azevedo da Silva pula menjaringkan gol menerusi sepakan gunting ketika Corinthians menang besar ke atas Cobresal dengan jaringan 6-0 pada perlawanan Copa Libertadores yang telah ditonton sebanyak 1,474,416 kali.

Selain itu, Daniuska Rodriguez menunjukkan aksi dengan menggelecek beberapa orang pemain semasa mewakili Colombia dengan menjaringkan gol pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun dengan tonton video sebanyak 1,157,572 kali.

Pemain Portugal iaitu Cristiano Ronaldo merupakan penerima pertama anugerah itu pada 2009 diikuti oleh pemain Turki, Hamit Altintop pada tahun 2010. Neymar dari Brazil pula pada tahun 2011 dan seterusnya pemain Slovakia iaitu Miroslav Stoch (2012). Selepas itu pemain Sweden iaitu Zlatan Ibrahimovic pada tahun 2013 dan James Rodriguez dari Colombia pada tahun 2014.

Pada 2015 seorang pemain tidak terkenal dari Brazil iaitu Wendell Lira yang bermain untuk Club Goianesia telah menjadi pemenang anugerah itu.

Jumlah tontonan seluruh dunia video jaringan gol Faiz Subri tertinggi di mana Anugerah Puskas ini diadakan bagi mengingati penyerang legenda Hungary iaitu Ferenc Puskas yang mewakili kelab Real Madrid. Beliau berjaya menjulang tiga gelaran Eropah dari tahun 1959 sehingga tahun 1966.

Tahniah kepada Faiz Subri yang baru sahaja memenangi Anugerah Puskas Fifa 2016 yang telah diumumkan pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam