Jom Shopping di Laman Web Astro Go Shop Saluran 118 Astro TV

Jom Shopping di Laman Web Astro Go Shop Saluran 118 Astro TV
Jom Shopping di Laman Web Astro Go Shop Saluran 118 Astro TV

 

Astro Malaysia baru sahaja melancarkan laman web Astro Go Shop di Kuala Lumpur. Jangkaan Astro mereka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM 500 juta setahun dalam tempoh lima tahun dengan perkhidmatan membeli-belah beroperasi selama 24 jam di saluran 118 Astro TV.

Menurut Datuk Rohana Rozhan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia, Go Shop telah pun diperkenalkan sejak November 2014 dan telah pun menjual lebih daripada 118,00 barang daripada 60 produk.

Tambahan pula, Go Shop telah pun mempunyai 72,000 pelanggan dan setiap hari mempunyai tambahan pelanggan seramai 800 pengguna. Perkara ini akan memberikan faedah kepada 4.3 juta pelanggan Astro dan juga kepada 17 juta pengguna.

Go Shop merupakan perkhidmatan membeli-belah berfungsi 24 jam yang menawarkan produk-produk berunsurkan aksesori, perkakasan rumah, peralatan dapur dan kosmetik. Astro menjalankan kerjasama dengan syarikat peruncit multimedia dari Korea iaitu GS Home Shopping Inc.

Astro mempunyai Go Shop sebanyak 60 peratus manakala GS Home Shopping Inc mempunyai 40 peratus dengan nilai pelaburan sebanyak RM 70 juta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam