Jerebu Teruk di Sumatera Akibat Kebakaran Hutan

Jerebu Teruk di Sumatera Akibat Kebakaran Hutan
Jerebu Teruk di Sumatera Akibat Kebakaran Hutan

Jerebu Teruk di Sumatera Akibat Kebakaran Hutan telah menyebabkan banyak sekolah ditutup seterusnya beribu-ribu penduduk mempunyai masalah pernafasan. Keadaan ini yang sering kali berlaku di Pulau Sumatera, Indonesia disebabkan oleh hutan dan belukar yang terbakar telah menjadi bertambah buruk.

Sebanyak 1,500 titik panas yang diperolehi melalui imej satelit yang menunjukkan kebakaran sedang berlaku di sana. Selain kebakaran yang berlaku di Sumatera, ianya turut berlaku di Kalimantan.

Jerebu teruk di Sumatera akibat kebakaran hutan menyebabkan kemarau yang berlaku di Indonesia bertambah buruk dan dijangka lebih banyak lagi kebakaran akan berlaku. Pihak-pihak berkuasa di bandar Jambi, Sumatera telah pun memberi arahan supaya semua sekolah rendah dan tinggi yang terlibat dengan jerebu ditutup dengan segera.

Pada minggu lepas, murid-murid di tadika dan sekolah rendah telah diarahkan tinggal di rumah akibat jerebu. Pihak kesihatan juga melaporkan bahawa lebih 26,000 kes masalah pernafasan berlaku di wilayah Jambi dan Riau.

Kerajaan Indonesia juga turut memberikan amaran bahawa kemarau yang disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino bakal menjejaskan 200,000 hektar sawah padi yang mempunyai di antara satu sehingga dua juta tan tanaman padi.

Kemarau yang makin teruk ini telah melanda beberapa kawasan di Pulau Jawa, Sulawesi Selatan dan Bali bakal berterusan sehingga bulan Oktober 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam