Jenazah Nursyuhada Dikebumikan di Kampung Cherok Mokkan Kedah

Jenazah Nursyuhada Dikebumikan di Kampung Cherok Mokkan Kedah
Jenazah Nursyuhada Dikebumikan di Kampung Cherok Mokkan Kedah

 

Jenazah seorang siswi Uitm Pulau Pinang iaitu Nursyuhada Johari telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba di Jitra Kedah. Pengkebumian tersebut dilakukan pada pukul 11 pagi pada hari ini.

Sebelum itu, jenazah Nursyuhada yang berumur 20 tahun telah disembahyangkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan pada pukul 10 pagi.

Siswi ini merupakan mangsa bunuh kepada kenalan lelakinya di Kilometer 228.2 Lebuh Raya PLUS ke arah selatan yang berhampiran Bukit Gantang. Nursyuhada dikelar lehernya dan ditikam beberapa kali di bahagian badan yang menyebabkan kecederaan parah.

Nursyuhada meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar ketika dirawat di sana. Pihak polis telah mereman suspek selama tujuh hari untuk membantu siasatan berkaitan kes bunuh ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam