Jenazah Izzamir Nabihan Pelajar USM Selamat Tiba di Pulau Pinang

Jenazah Izzamir Nabihan Pelajar USM Selamat Tiba di Pulau Pinang
Jenazah Izzamir Nabihan Pelajar USM Selamat Tiba di Pulau Pinang

Jenazah Muhamad Izzamir Nabihan Abdul Majid berumur 23 tahun yang merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia telah pun di bawa ke rumah ibu saudaranya di Taman Abdullah Fahim, Kepala Batas selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.


Konvoi-konvoi mengikuti van jenazah tersebut tiba di rumah arwah ibu saudaranya pada pukul 11.30 pagi. Sejurus kemudian majlis tahlil diadakan yang melibatkan ahli keluarga, kakitangan dan penuntut USM pada pukul 11.40 pagi.

Tambahan pula, jenazah akan di bawa ke Masjid Jamiul Al Badawi lebih kurang satu kilometer dari rumah ibu saudaranya pada pukul satu petang dan dijangka disembahyangkan dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Selain itu, USM bakal menimbangkan untuk menganugerahkan Ijazah Anumerta ke pada arwah Muhamad Izzamir Nabihan Abdul Majid yang meninggal dunia akibat kemalangan di Acheh, Indonesia.

Perkara ini bakal dibincangkan oleh senat untuk membuat sebarang keputusan seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman.

Penganugerahan ijazah ini merupakan pengiktirafan kepada arwah yang sekarang ini berada pada tahun akhir pengajian di USM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam