Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Memeriksa Eskalator di Malaysia

Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Memeriksa Eskalator di Malaysia

Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Memeriksa Eskalator di Malaysia
Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Memeriksa Eskalator di Malaysia

Berita yang sedih yang kedengaran baru-baru ini menyebabkan Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan memeriksa eskalator di Malaysia. Perkara ini akan ditumpukan khususnya di kompleks beli-belah dan juga pusat tumpuan orang ramai.

Tambahan pula, langkah drastik ini bersangkutan dengan kemalangan eskalator di KL Sentral yang berlaku pada 8 Februari 2016. Kemalangan ini menyebabkan pergelangan kaki kiri seorang kanak-kanak hancur kerana tersepit pada eskalator yang bergerak.

Kajian bakal dilaksanakan yang merangkumi ciri-ciri keselamatan eskalator termasuklah aspek teknikal, penggunaan dan juga faktor manusia. Ini merupakan gesaan yang dilakukan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Hasil kajian tersebut bakal digunakan untuk menambahkan ciri-ciri keselamatan pada eskalator. Perbincangan bersama dengan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK) dan Persatuan Lif dan Eskalator Malaysia (MALEA) akan turut dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam