Indeks Pencemaran Udara Palangkaraya Indonesia Cecah 3000

Indeks Pencemaran Udara Palangkaraya Indonesia Cecah 3000
Indeks Pencemaran Udara Palangkaraya Indonesia Cecah 3000

Indonesia merupakan negara yang sangat terjejas dengan jerebu disebabkan pembakaran yang berlaku di negara tersebut. Indeks Pencemaran Udara Palangkaraya Indonesia cecah 3000 iaitu meningkat secara mendadak daripada 2000 pada 16 Oktober 2015.

Palangkaraya yang berada di wilayah Kalimantan Tengah paling terjejas selain daripada Palembang iaitu ibu wilayah Sumatera Selatan. Jerebu tebal ini diakibatkan oleh kebakaran hutan yang terburuk di Indonesia pada waktu ini.

Palangkaraya terletak kira-kira 1,261 kilometer dari tenggara Kuching, Sarawak dan 1,407 kilometer dari barat daya ibu kota Jakarta.

Tambahan pula, diketahui bahawa IPU yang berada di atas paras 350 sudah pun dikategorikan sebagai berbahaya inikan pula IPU yang mempunyai nilai tertinggi sebanyak 3000. Jerebu yang berwarna kuning sememangnya memenuhi ruang Palangkaraya pada setiap hari.

Selain itu, penduduk-penduduk terutamanya kanak-kanak ada yang mati akibat masalah pernafasan yang disebabkan oleh jerebu ini. Jerebu ini semakin teruk dari tahun ke tahun di mana tiada udara yang bersih dan seolah-olahnya menghirup udara yang beracun.

Indeks Pencemaran Udara Palangkaraya Indonesia cecah 3000 menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa memakai penutup hidung walaupun mereka berada di dalam kelas sendiri. Keadaan cuaca yang sangat sesak dan sangat memedihkan mata ini terjadi kepada semua orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam