Harga Petrol RON95, RON 97 dan Diesel Turun 10 Sen Ogos 2015

Harga Petrol RON95, RON 97 dan Diesel Turun 10 Sen Ogos 2015
Harga Petrol RON95, RON 97 dan Diesel Turun 10 Sen Ogos 2015

Perkara ini merupakan benda penting yang ditunggu-tunggu setiap hujung bulan di mana rakyat Malaysia ingin mengetahui sama ada harga minyak petrol dan diesel adalah turun, naik atau dikekalkan pada harga yang sama.

Justeru, malam ini sudah diketahui bahawa harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan Diesel bakal turun sebanyak 10 sen seliter yang bakal berkuatkuasa pada pukul 12.01 malam bertarikh 1 Ogos 2015.

Sehubungan dengan itu, harga baharu bagi petrol RON95 ialah RM 2.05 seliter, RON97 pula sebanyak RM 2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Diesel pula sebanyak RM 1.95 seliter.

Rakyat sangat berharap supaya harga petrol dan diesel dapat dikawal pada harga yang rendah supaya dapat membantu rakyat menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa sekarang ini dan duit yang ada dapat digunakan untuk membeli keperluan asas yang utama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam