Gurun Sahara Diliputi Salji Selama Sehari Tahun 2016

Gurun Sahara Diliputi Salji Selama Sehari Tahun 2016

Gurun Sahara Diliputi Salji Selama Sehari Tahun 2016
Gurun Sahara Diliputi Salji Selama Sehari Tahun 2016

Berita yang menarik untuk diikuti apabila Gurun Sahara diliputi salji selama sehari tahun 2016. Fenomena ini berlaku selepas lebih kurang 40 tahun selepas tahun 1979. Salji telah membuatkan pemandangan yang unik untuk dilihat oleh orang ramai.

Pasir-pasir yang mempunyai warna jingga telah bertukar menjadi putih disebabkan oleh lapisan salji yang nipis. Ianya mempunyai pemandangan yang bersimpang siur dengan corak yang begitu indah.

Gambar sebegini telah diambil dari bahagian utara gurun Sahara. Salji telah dilihat kali terakhir di Ain Sefra lebih kurang 714 kilometer dari ibu negara Algiers pada 18 Februari 1979.

Berita Salji telah meliputi gurun selama sehari sahaja iaitu pada 19 Disember 2016 di mana penduduk-penduduk di situ berasa kagum dengan apa yang dilihat di kawasan gurun.

Tambahan pula, salji yang menutupi pasir yang memberikan foto yang sangat berharga. Salji tersebut hanya bertahan untuk sehari dan kemudiannya cair.

Kawasan Ain Sefra terkenal sebagai Gerbang Gurun di mana mempunyai suhu purata melebihi 37 darjah Celcius pada musim panas tetapi pernah mempunyai suhu serendah -10.2 darjah Celcius semasa musim sejuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam