Festival Kecantikan dan Kesihatan 2016 di Universiti Utara Malaysia

Festival Kecantikan dan Kesihatan 2016 di Universiti Utara Malaysia
Festival Kecantikan dan Kesihatan 2016 di Universiti Utara Malaysia

Berita yang menarik apabila Festival Kecantikan dan Kesihatan 2016 di Universiti Utara Malaysia bakal diadakan bermula 1 sehingga 3 Disember 2016. Universiti Utara Malaysia (UUM) pertama kali mengadakan festival ini yang akan berlangsung di Pusat Penginapan Pelajar UUM.

Festival yang diadakan ini akan melibatkan agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta menurut apa yang dikatakan oleh Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM. Pelbagai program yang akan diadakan termasuklah dengan pemeriksaan kesihatan, derma darah dan senamrobik.

Tambahan pula, Ramsay Healthcare Sime Darby College juga akan melakukan sesi temuduga pengajian dan kerjaya di festival tersebut. Semua pihak harus mengambil peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan.

Pelbagai aktiviti sampingan juga turut diadakan sepanjang festival seperti pergi ke Anjung Tamu, menaiki trem, menunggang kuda, bersampan dan melihat burung unta.

Selain itu, Festival Kecantikan dan Kesihatan 2016 di Universiti Utara Malaysia juga turut menawarkan kepada sesiapa yang berminat dalam bidang kesihatan dan mekanikal digalakkan membawa sijil dan dokumen sepanjang temuduga terbuka. Maklumat lanjut berkaitan festiival ini boleh didapatkan dengan menghubungi talian 017-4729890.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam