Festival Filem Malaysia Ke-25 di PICC Putrajaya 2 Mac 2013

Festival Filem Malaysia Ke-25 di PICC Putrajaya 2 Mac 2013

Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) bakal dilangsungkan 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

59 filem cereka, 66 filem pendek dan 14 filem animasi bersaing untuk 23 kategori yang dipertandingkan.

Antara filem yang dipertandingkan adalah Ombak Rindu, Songlap, Bunohan, 29 Februari, Sam, Jiwa Taiko dan Hoore! Hoore!.

Kategori yang menjadi tumpuan ramai adalah Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik serta Pengarah Harapan.

Kategori Pelakon Lelaki calonnya adalah Faizal Hussein, Shaheizy Sam, Pekin dan Zahiril Adzim.

Maya Karin, Nadiya Nisaa, Vanidah Imran, Sara Ali dan Farah Nazirah bersaing untuk kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Pengacaraan dikendalikan oleh pelakon terkenal Erra Fazira dan Fahrin Ahmad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam