Fenomena Supermoon Terbesar Berlaku Pada 14 November 2016

Fenomena Supermoon Terbesar Berlaku Pada 14 November 2016

Fenomena Supermoon Terbesar Berlaku Pada 14 November 2016
Fenomena Supermoon Terbesar Berlaku Pada 14 November 2016

Berita yang menarik perhatian kepada semua pihak iaitu fenomena Supermoon terbesar berlaku pada 14 November 2016. Ianya berlaku lagi sejak kali pertama berlaku pada tahun 1948.

Tambahan pula, kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara telah berkata bahawa fenomena yang berdasarkan astronomi ini bakal menampakkan Bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi pada pukul 7.24 malam.

Selain itu, Berita Semasa Online ini berkenaan Bulan akan berada pada fasa yang penuh atau pun dikenali sebagai purnama pada pukul 9.54 malam. Ianya dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan perkataan Supermoon dikenali di kalangan semua pihak.

Pihak Agensi Angkasa Negara juga telah menjelaskan bahawa apabila Bulan berada di kedudukan perigee semasa fasa purnama maka Bulan akan dilihat lebih besar daripada keadaan biasa.

Fenomena Supermoon terbesar berlaku pada 14 November 2016 sebenarnya tidak akan merubah keadaan saiz fizikal Bulan tersebut. Fenomena Supermoon ini juga telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.

Walaupun begitu, fenomena ini adalah Supermoon yang akan berada pada jarak yang paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun yang lalu.

Semua pihak diseru untuk mengambil peluang ini untuk melihat fenomena Supermoon ini yang dijangka oleh Agensi Angkasa Negara akan berlaku lagi selepas 18 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam