Epal Gala dan Granny Smith Dicemari Bakteria Listeriosis

Epal Gala dan Granny Smith Dicemari Bakteria Listeriosis
Epal Gala dan Granny Smith Dicemari Bakteria Listeriosis

Berita tergempar yang baru diperolehi bahawa epal jenis Gala dan Granny Smith daripada Amerika Syarikat telah dihalang masuk ke Malaysia oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Perkara ini berlaku disebabkan jenis-jenis epal tersebut telah dicemari oleh bakteria Listeriosis.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku menteri telah menyatakan bahawa sekatan tersebut telah dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis). Notis berkaitan pencemaran tersebut telah pun diterima oleh kementerian tempoh hari yang lalu.

Tambahan pula, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah pun memberikan notis tersebut yang memberitahu bahawa tiga kematian dan ramai yang sakit telah pun berlaku di Amerika Syarikat dan Kanada berikutan pencemaran bakteria tersebut.

Perkara yang berkaitan dengan penarikan semula epal jenis tersebut di pasaran Malaysia yang melibatkan soal makanan akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
One Comment

Leave a Reply to Azwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam