Empat Daerah Selangor Alami Gangguan Bekalan Air 9 Oktober 2014

Empat Daerah Selangor Alami Gangguan Bekalan Air 9 Oktober 2014
Empat Daerah Selangor Alami Gangguan Bekalan Air 9 Oktober 2014

Empat daerah Selangor yang melibatkan kawasan di Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak bakal terlibat dengan gangguan bekalan air pada 9 Oktober 2014 bermula pukul 9 pagi sehingga 9 malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd iaitu Syabas telah menyatakan bahawa perkara ini berlaku disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium Abass Sdn Bhd di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Kawasan yang terlibat di Sepang ialah Bandar Baru Salak Tinggi, IOI Sepang, Mardi, Suria Tropika, D’Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra dan Sungai Buah.

Seterusnya di Petaling pula melibatkan Bandar Bukit Puchong, Bandar Putra Permai, Bukit Puchong, Bukit Serdang, Kota Perdana, Lestari Perdana, Meranti Puchong, Lestari Puchong, Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Puncak Jalil, Pasar Borong Selangor, Hospital Serdang dan Astro Bukit Jalil.

Kawasan Hulu Langat pula di Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Kampung Rinching Hilir, Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Kampung Sungai Purun, Semenyih, Mines Resort dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Akir sekali di daerah Gombak merupakan Air Panas Setapak, Hospital Columbia, Jalan Semarak, Taman Danau Kota, Kampung Bandar Dalam, Taman Prima Setapak, Jalan Genting Kelang, Jalan Langkawi, Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam