Dr Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Berharga RM 280 Juta

Dr Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Berharga RM 280 Juta

Dr Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Berharga RM 280 Juta
Dr Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Berharga RM 280 Juta

Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida merupakan seorang ahli perniagaan yang boleh dijadikan sebagai idola kepada rakyat Malaysia. Berita terbaru bahawa Dr Vida bakal bina hotel PQPTRW berharga RM 280 juta.

Ianya selepas Datuk Seri Vida telah menjadi penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW). Wanita berumur 43 tahun ini merupakan pengasas produk kecantikan Vida Beauty.

Hotel bertaraf enam bintang ini akan mempunyai kemudahan sukan dan riadah akan dibina berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Hotel PQPTRW yang bakal mempunyai 19 tingkat akan dibina di tanah keluasan 0.7 hektar di mana di bawah hotel mempunyai tempat boling, padang tenis, latihan pukulan golf dan sebagainya.

Dr Vida bakal bina hotel PQPTRW berharga RM 280 juta juga akan mempunyai kafe bagi ruang menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung sekiranya tidak boleh memasuki stadium.

Keluarga juga boleh beriadah di taman tema yang dibina berhampiran hotel. Dr Vida berharap usaha ini dapat meningkatkan lagi mutu pasukan bola sepak Kelantan di peringkat antarabangsa.

Semua rakyat negeri Kelantan berharap bahawa impian ini akan tercapai dan prestasi pasukan bola sepak Kelantan berada dalam keadaan yang terbaik dengan pengurusan yang baharu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam