Doodle Art Terpanjang di Malaysia Politeknik Muadzam Shah

Doodle Art Terpanjang di Malaysia Politeknik Muadzam Shah
Doodle Art Terpanjang di Malaysia Politeknik Muadzam Shah

Lukisan ‘Doodle Art‘ yang terpanjang di Malaysia telah pun dihasilkan oleh 348 pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah yang telah direkodkan di dalam Malaysia Book Of Records.

Ianya sepanjang 528.8 meter dan 0.7 meter tinggi yang dihasilkan dengan cat dan pen selama lima hari. Pelajar-pelajar yang terlibat mengambil jurusan Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Media Cetak.

Doodle Art merupakan lukisan yang spontan dengan contengan kasar yang sangat unik di mana ianya melibatkan lakaran contengan tanpa memikirkan sesuatu yang berat.

Tema lukisan tersebut ialah ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’ yang mula dihasilkan sejak 24 September dengan memaparkan soal perpaduan, keagamaan dan kebudayaan di negara Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Leave a Reply to Norhayati Suaib Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam