Diskaun 50 Peratus AirAsia Semua Destinasi Bermula 15 Mei 2017

Diskaun 50 Peratus AirAsia Semua Destinasi Bermula 15 Mei 2017
Diskaun 50 Peratus AirAsia Semua Destinasi Bermula 15 Mei 2017

Berita yang menarik untuk semua apabila Diskaun 50 Peratus AirAsia Semua Destinasi Bermula 15 Mei 2017. Syarikat penerbangan tambang rendah ini menawarkan diskaun ini untuk ke Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Berita berkenaan tawaran yang hebat ini bakal bermula dari 15 Mei sehingga 21 Mei 2107 bagi perjalanan di antara 5 September 2017 sehingga 8 Februari 2018. Semua pengguna boleh menempah penerbangan ini melalui laman web AirAsia atau menggunakan aplikasi bagi pengguna peranti mudah alih.

Tambahan pula, AirAsia juga memaklumkan bahawa tawaran ini adalah terhad dan mungkin tidak termasuk untuk semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan cuti hujung minggu.

Ianya tidak hanya melibatkan penjimatan tambang rendah tetapi para pelanggan juga boleh mendapatkan penjimatan sehingga 50 peratus bagi pemilihan tempat duduk pilihan melalui ‘Pick A Seat’ AirAsia.

Promosi 50 peratus ini juga boleh digunakan oleh pelanggan syarikat penerbangan gabungan iaitu AirAsia X yang memilih tempat duduk Zon Senyap atau Premium Flatbed

Selain itu, tawaran yang hebat ini adalah disertakan dengan peruntukan bagasi percuma iaitu 40 kilogram dan juga manfaat yang lain.

Diskaun 50 Peratus AirAsia Semua Destinasi Bermula 15 Mei 2017 dengan pelanggan yang memilih Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur bakal menikmati akses ke Asia Premium Red Lounge secara percuma.

AirAsia telah memiliki operasi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India dan Jepun, dengan rangkaian merangkumi seluruh Asia, Australia, New Zealand, Timur Tengah serta Amerika Syarikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam