Datuk Ustaz Kazim Elias Bakal Jalani Angiografi Koronari

Datuk Ustaz Kazim Elias Bakal Jalani Angiografi Koronari
Datuk Ustaz Kazim Elias Bakal Jalani Angiografi Koronari

Berita sebelum ini menyatakan bahawa Datuk Ustaz Kazim telah terkena serangan penyakit jantung. Maka Datuk Ustaz Kazim Elias bakal jalani angiografi koronari. Ianya akan dilakukan supaya dapat mengenal pasti punca masalah kesihatan yang telah dihadapi.

Tambahan pula, rawatan ini akan memasukkan jarum menerusi arteri ke jantung untuk mendapatkan perkara yang sebenar berkaitan kesihatan jantung pesakit.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun melawat Ustaz Kazim di Unit Kardiologi Invasif, Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) Kubang Kerian. Dato’ Makhtar Mustapha iaitu Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan turut sama datang untuk menziarahi Ustaz Kazim.

Datuk Ustaz Kazim Elias bakal jalani angiografi koronari di mana sebelum itu Ustaz Kazim hanya sempat memberikan ceramah lebih kurang tujuh minit di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok. Beliau dikejarkan ke hospital pada masa yang sama ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam