Datuk Hasbullah Awang Pengulas Sukan Meninggal Dunia

Datuk Hasbullah Awang Pengulas Sukan Meninggal Dunia
Datuk Hasbullah Awang Pengulas Sukan Meninggal Dunia

 

Berita mengejutkan yang berlaku pada minggu ini apabila pengulas sukan terkenal di Malaysia iaitu Datuk Hasbullah Awang telah pun meninggal dunia akibat sakit jantung. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada pukul 12.20 tengah hari semalam.

Kematian beliau merupakan satu kehilangan yang besar negara dalam industri sukan apabila menjadi pengulas sukan dalam pelbagai jenis sukan sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.

Aspek penyiaran sukan telah meningkat di Malaysia apabila mempunyai pengulas sukan yang terbaik di samping dapat memajukan industri sukan terutamanya di dalam negara.

Kebolehan yang dimiliki oleh arwah Datuk Hasbullah Awang amat unik yang mempunyai intonasi suara secara semula jadi yang membuatkan semua amat ternanti-nantikan suara beliau untuk mengulas jenis sukan yang ditonton.

Kerjaya terakhir Allahyarham merupakan pengulas sukan dengan televisyen Astro Arena bermula Januari 2014 dan sebelumnya beliau berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Berita Semasa Online mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam