Datuk Dr Haron Din Dilantik Mursyidul Am Pas Yang Baharu

Datuk Dr Haron Din Dilantik Mursyidul Am Pas
Datuk Dr Haron Din Dilantik Mursyidul Am Pas

 

Pas mempunyai Mursidul Am yang baru iaitu Datuk Dr Haron Din yang telah pun dilantik bagi menggantikan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 13 Februari 2015.

Pelantikan ini telah pun dipersetujui secara sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama Pas di mana Datuk Dr Haron merupakan calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan tersebut.

Tambahan pula, pelantikan ini juga diputuskan pada hari Ahad yang lalu melalui mesyuarat di Ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur. Jawatan Timbalan Mursyidul Am Pas pula disandang oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yacob.

Mengikut Perlembagaan Pas, jawatan Mursyidul Am hanya boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama di mana jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam