Cristiano Ronaldo Atlet Pertama Mempunyai 100 Juta Pengikut Instagram

Cristiano Ronaldo Atlet Pertama Mempunyai 100 Juta Pengikut Instagram
Cristiano Ronaldo Atlet Pertama Mempunyai 100 Juta Pengikut Instagram

Berita yang membanggakan bagi seseorang yang diminati di seluruh dunia iaitu Cristiano Ronaldo Atlet Pertama Mempunyai 100 Juta Pengikut Instagram. Bintang Bola Sepak ini telah memecahkan rekod mempunyai pengikut paling ramai menerusi laman sosial Instagram.

Ronaldo yang berasal dari Portugal yang sekarang ini beraksi untuk kelab Real Madrid telah mendapat pengesahan melalui akaun rasmi Instagram iaitu cristiano yang mempunyai sebanyak lebih kurang 1,800 posting.

Cristiano Ronaldo merupakan individu yang kelima selepas Beyonce, Taylor Swift, Ariana Grande dan Selena Gomez yang mampu untuk mempunyai 100 juta pengikut. Ronaldo telah memecahkan tradisi tersebut supaya pengikut dapat mengetahui aktivitinya setiap hari.

Berita ini merupakan pencapaian yang terbaharu selepas beliau telah memenangi Pemain Tahunan Dunia dan juga menerima anugerah Ballon d’Or atau anugerah pemain terbaik dunia sebanyak empat kali anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pengikut Instagram tersebut telah pun dikemas kini oleh Burson Marsteller iaitu firma penarafan awam antarabangsa yang berada di Brussels, Belgium yang telah menjalankan pelbagai kajian sejak tahun 1965.

Cristiano Ronaldo Atlet Pertama Mempunyai 100 Juta Pengikut Instagram juga telah mencipta sejarah sebelum itu apabila menjadi individu pertama di dunia yang mempunyai lebih 120 juta pengikut menerusi akaun peribadi Facebook

Ronaldo sememangnya adalah seorang yang popular sama ada semasa berada di padang bola atau pun berada di luar padang bola dengan sentiasa mendapat liputan yang terbaik dari pengikut di seluruh dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam