Tempatan Archives - Page 7 of 9 - Berita Semasa Online

Category: Tempatan

Perintah Berkurung Esszone Tamat 17 Ogos 2014

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah iaitu Esscom tempoh melanjutkan perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Semua pihak mestilah memberikan kerjasama semasa perintah berkurung tersebut supaya perkara yang tidak diingini berlaku. Perintah berkurung yang diadakan di enam daerah dalam kawasan Esszone sejak dua minggu lalu dilanjutkan sehingga 17 Ogos

Harga Rumah Mampu Milik Terengganu Turun Kepada RM68000

Kerajaan negeri Terengganu telah pun memaklumkan akan menurunkan harga Rumah Mampu Milik daripada RM73,000 kepada RM68,000. Perkara ini telah pun dinyatakan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di mana bayaran bulanan bakal diturunkan daripada RM323 kepada RM189. Selain itu, perkara yang juga dihapuskan melibatkan bayaran perkhidmatan sebanyak 5.5 peratus.

Penerbangan Pertama Jemaah Haji Malaysia 27 Ogos 2014

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia 27 Ogos 2014 ke Mekah manakala penerbangan akhir pada 27 September 2014. Pengerusi Lembaga Tabung Haji iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Rahim telah memaklumkan bahawa 64 penerbangan dijadualkan bagi membawa 22,320 jemaah haji. Penerbangan pulang pertama jemaah haji ke Malaysia pada 10 Oktober 2014 dan penerbangan akhir pada 8 November 2014.

Warta Zon Larangan Merokok di Tujuh Kawasan Johor

Tujuh kawasan di Johor telah diwartakan sebagai Zon Larangan Merokok dan orang ramai mesti tidak merokok semasa berada di dalam kawasan tersebut. Individu-individu yang ingkar akan dikompaun sebanyak RM250 atau didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Kawasan tersebut ialah Taman Rekreasi Town Park 2 dan Taman Rekreasi

Bas Terjatuh Gaung di Wang Kelian

Bas yang membawa 45 penumpang termasuk pemandu telah terjatuh ke dalam gaung di laluan berbukit di Wang Kelian. Kemalangan jiwa tidak dilaporkan dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi. Penumpang terdiri daripada 33 wanita, enam lelaki dan lima kanak-kanak daripada Kepala Batas, Pulau Pinang. Kesemua yang terlibat menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Radio Televisyen Malaysia Tiada Siaran Langsung Akhir Piala Thomas

Radio Televisyen Malaysia tidak akan menyiarkan siaran langsung akhir perlawanan badminton Piala Thomas kerana hak penyiaran diperoleh syarikat televisyen swasta iaitu Astro. Perlawanan akhir Piala Thomas melibatkan pasukan Malaysia dan Jepun pada hari Ahad tidak disiarkan kerana kos tinggi bagi siaran langsung. Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta maaf bagi pihak

Pesawat Firefly ke Kota Baru Berpatah Balik Akibat Masalah Teknikal

Sebuah pesawat Firefly yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas berpatah balik selepas 15 minit berlepas. Pesawat FY1002/MH9948 sedang menuju Kota Baru mengalami masalah teknikal. Kesemua penumpang telah pun dipindahkan ke pesawat lain sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi Kota Baru.

Sebuah Bilik Asrama Maktab Mahmud Terbakar

Kebakaran yang berlaku telah memusnahkan sebuah bilik asrama pelajar lelaki Maktab Mahmud di Jalan Pegawai kira-kira jam 11 pagi tadi. Tiada sebarang kecederaan atau pun kemalangan jiwa yang telah dilaporkan disebabkan oleh semua pelajar pada masa tersebut sedang belajar di dalam kelas masing-masing.

Sotong Dua Ringgit Sekilogram di Sabah

Negeri Sabah telah mengalami fenomena bulan terang selama tiga bulan bermula Mac sehingga Mei yang menyebabkan pembiakan sotong yang sangat banyak. Orang ramai mampu membeli makanan laut dengan harga serendah RM2 sekilogram. Harga tersebut tidak boleh didapati di Semenanjung iaitu di Johor Bahru ianya dijual RM20 sekilogram dan di Kuala Lumpur sekitar RM14 hingga RM18

Tan Sri Abdul Taib Mahmud Yang Dipertua Negeri Sarawak

Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak. Tan Sri Adenan Satem membacakan watikah pelantikan yang disampaikan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur. Seterusnya, Tan Sri Abdul Taib mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah