Paramount Pictures lelong pelakon filem Transformers iaitu trak ikonik Peterbilt 379 yang merupakan watak Optimus Prime termasuk juga Chevrolet Camaro SS yang memainkan watak Bumblebee merupakan berita terbaru.
Facebook umum cuti 4 bulan ibu bapa dapat bayi yang melibatkan semua kakitangan Facebook sepenuh masa di mana tetap akan dibayar gaji penuh seperti biasa.
Syarikat kereta terpakai di Tennessee, Amerika Syarikat telah melakukan suatu yang kreatif dengan menghasilkan mesin vending beli kereta pertama di dunia. Perkara ini merupakan sesuatu yang hebat di mana para pelanggan boleh mendapatkan kereta idaman dengan cara yang terbaik.
Datuk Lee Chong Wei juara badminton terbuka China 2015 selepas menewaskan pilihan utama iaitu Chen Long pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China.
Perancis isytihar darurat ratusan maut serangan di Paris disebabkan oleh kumpulan bersenjata dan pengebom. Mereka menyerang restoran, bar dan dewan konsert di sekitar bandar raya Paris yang menyebabkan lebih 140 kematian.
Indonesia merupakan negara yang sangat terjejas dengan jerebu disebabkan pembakaran yang berlaku di negara tersebut. Indeks Pencemaran Udara Palangkaraya Indonesia cecah 3000 iaitu meningkat secara mendadak daripada 2000 pada 16 Oktober 2015.
Peminat-peminat dron di Amerika Syarikat perlu melakukan sesuatu untuk membolehkan dron mereka diterbangkan. Pengendali Dron perlu daftar kepada kerajaan Amerika Syarikat mengikut apa yang diperkatakan oleh Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.
AirAsia yang merupakan syarikat penerbangan tambang rendah telah pun menawarkan tiga juta promosi tempat duduk. Tambang istimewa AirAsia di Asia dan Australia melibatkan lebih 20 negara yang bakal bermula dari 19 Oktober sehingga 25 Oktober 2015.