Caj Bulanan Internet Bakal Turun Serendah RM 25 Sebulan

Caj Bulanan Internet Bakal Turun Serendah RM 25 Sebulan

Caj Bulanan Internet Bakal Turun Serendah RM 25 Sebulan
Caj Bulanan Internet Bakal Turun Serendah RM 25 Sebulan

Pengumuman ini mungkin bakal melegakan pengguna-pengguna Internet terutamanya kepada mereka yang setiap hari selalu menggunakan Internet tidak kira sama ada hari siang atau malam. Penurunan ini juga diharapkan berkekalan supaya tidak berlaku penurunan pada bulan tersebut dan kenaikan pada bulan-bulan yang berikutnya.

Pengguna-pengguna Internet bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lebih murah berbanding sekarang ini setelah syarikat-syarikat yang terlibat dalam menguruskan keperluan telekomunikasi ini telah pun bersetuju untuk menurunkan caj bulanan bagi pakej asas sehingga 57 peratus bermula daripada bulan Mei 2015.

Perkara ini telah pun dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa syarikat-syarikat terbabit yang terdiri daripada Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile telah pun menyatakan persetujuan untuk menetapkan pakej asas jalur lebar terdiri daripada data bulanan 1 GB yang mempunyai 3G-HSPA pada nilai RM 25 sebulan. Pengurangan yang dilakukan ini adalah sebanyak 14 peratus berbanding dengan harga biasa.

Tambahan pula, penurunan harga bagi perkhidmatan tetap juga bakal berlaku dengan Telekom Malaysia dan Time dot Com telah pun bersetuju untuk menawarkan pakej jalur lebar asas yang mempunyai kelajuan 1 Mbps yang menawarkan data 1 GB adalah pada harga RM 38. Bagi pakej Unifi yang mempunyai kelajuan 10 Mbps pula, TM akan menurunkan caj bulanan daripada RM 199 kepada RM 179 iaitu penurunan harga sebanyak 10 peratus.

Pihak Berita Semasa Online berharap agar pakej-pakej Internet banyak ditawarkan supaya semua pihak mampu untuk menggunakan Internet dan juga harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan murah seperti apa yang dilaksanakan oleh negara Thailand dan Indonesia yang menawarkan pakej Internet pada harga yang terbaik yang mampu digunakan oleh semua rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam