Bonus Tahunan Tabung Haji 6.25 Peratus dan Bonus Haji 2 Peratus

Bonus Tahunan Tabung Haji 6.25 Peratus dan Bonus Haji 2 Peratus
Bonus Tahunan Tabung Haji 6.25 Peratus dan Bonus Haji 2 Peratus

Lembaga Tabung Haji baru sahaja mengumumkan bonus tahunan 6.25 peratus beserta tambahan 2 peratus bonus haji untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2014.

Pemberian bonus tersebut disebabkan Tabung Haji mencatat perkembangan kewangan yang bagus dan bonus haji yang diberikan menunjukkan bahawa mereka menghargai para pendeposit. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tambahan pula, kedua-dua bonus yang dibayar bagi tahun 2014 ini adalah berjumlah RM 3.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding RM 2.6 bilion pada tahun 2013. Ianya merupakan pembayaran bonus tertinggi sejak dari penubuhan Tabung Haji.

Selain itu, keuntungan yang didapati selepas zakat adalah bernilai RM 3.3 bilion pada tahun 2014 di mana terdapat peningkatan sebanyak 24 peratus jika dibandingkan pada tahun 2013 iaitu RM 2.6 bilion.

Semua pendeposit boleh menyemak bonus masing-masing sama ada di kaunter Tabung Haji atau pun dengan menggunakan mesin ATM rakan TH bermula 26 Januari 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
One Comment

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam