Bonus Setengah Bulan Gaji Buat Penjawat Awam Pulau Pinang

Bonus Setengah Bulan Gaji Buat Penjawat Awam Pulau Pinang

Bonus Setengah Bulan Gaji Buat Penjawat Awam Pulau Pinang
Bonus Setengah Bulan Gaji Buat Penjawat Awam Pulau Pinang

Berita menarik buat penjawat awam iaitu bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum sebanyak RM700 bagi penjawat awam negeriĀ bagi tahun 2016.

Tambahan pula, Berita Semasa Online mengetahui perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri iaitu Tuan Lim Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2017 negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri. Pembayaran bonus akan dilaksanakan pada bulan Disember 2016.

Peruntukan sebanyak RM4.19 juta akan digunakan bagi pembayaran bonus kepada 4,178 orang penjawat awam di negeri Pulau Pinang. Pihak kerajaan negeri sangat berharap bahawa pembayaran bonus ini akan meningkatkan lagi prestasi dalam bekerja supaya menjadi lebih cemerlang pada tahun 2017 dan seterusnya.

Selain itu, bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Pulau Pinang ini juga ditambah dengan bayaran tambahan sebanyak satu perempat gaji kepada penjawat awam yang tidak mengambil cuti sakit swasta yang tidak melebihi empat hari sehingga November 2016. Perkara ini dijadikan sebagai insentif kehadiran kerja bagi tahun 2016.

Ketua Menteri juga memaklumkan bahawa pemberian bonus RM300 seorang akan juga diberikan kepada penyelia dan guru KAFA, guru sekolah agama rakyat, guru sekolah menengah agama rakyat dan guru serta staf di sekolah persendirian Cina.

Bagi guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam di negeri Pulau Pinang pula akan menerima bonus sebanyak RM200 setiap seorang. Semoga bonus-bonus ini akan menjadi pencetus semangat kepada penjawat awam untuk lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam