Bilik Khas Pekerja Untuk Ibu Menyusukan Bayi

Bilik Khas Pekerja Untuk Ibu Menyusukan Bayi
Bilik Khas Pekerja Untuk Ibu Menyusukan Bayi

Cadangan yang bernas telah pun diutarakan oleh Pengarah Kesihatan Perlis iaitu Dr. Zaini Hussin iaitu majikan digalakkan menyediakan bilik khas pekerja untuk ibu menyusukan bayi.

Bilik khas tersebut bakal digunakan oleh pekerja yang mempunyai bayi untuk menyusukan anak-anak kecil mereka. Ianya merupakan hasrat kerajaan supaya rakyat Malaysia memberikan susu ibu kepada bayi.

Tambahan pula, bilik khas pekerja untuk ibu menyusukan bayi patut disokong oleh pihak-pihak swasta supaya rakyat negara ini mendapat kesihatan yang terjamin.

Cadangan ini bertepatan dengan sambutan tahun ini yang bertemakan ‘Penyusuan Susu Ibu dan Kerja : Mari Jayakan’. Ianya akan memberikan fokus yang utama kepada ibu-ibu yang bekerja supaya mereka dapat memberikan susu ibu yang terbaik buat bayi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah melakukan pengiktirafan susu ibu sebagai makanan yang terbaik hasil daripada zat yang boleh mencegah bayi daripada mendapat penyakit berbahaya seperti asma, alahan dan seterusnya mengelakkan daripada terkena penyakit diabetes atau darah tinggi apabila dewasa.

Penyusuan ibu juga dapat memberikan tahap kepintaran kepada kanak-kanak di samping kepada penglihatan dan pertuturan. Ibu juga akan mendapat manfaatnya seperti dapat mengurangkan penyakit barah payu dara, kegemukan, osteoporosis dan dapat menjarakkan masa untuk hamil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam