Berkelah Dengan Berpakaian Putih di Paris Perancis

dinner di paris perancis
Berkelah Dengan Berpakaian Putih di Paris Perancis

Berkelah sambil berpakaian serba putih. Perkara ini telah berlaku di Paris, Perancis apabila lebih daripada 13,000 orang hadir pada acara Diner en blanc yang ke-27.

Tambahan pula, para hadirin turut juga membawa sejumlah kerusi dan meja seterusnya berkumpul di dua tempat yang merupakan acara utama di Taman Tuileries dan Palais Royal. Ianya telah menjadi fenomena yang luar biasa di peringkat antarabangsa.

Sejarah penubuhan acara ini berlangsung di sebuah taman di Paris pada 26 tahun yang lalu. Pada acara tersebut para penganjur telah meminta semua hadirin untuk berpakaian serba putih supaya mereka dapat dikenalai.

Ramai orang yang hadir di acara ini telah menjamu selera dengan sopan dan tertib di kawasan awam. Semua hadirin telah pun diminta untuk memastikan tempat duduk mereka kembali kepada asal khususnya membawa pulang sampah yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam