Bayi Perempuan Lapan Bulan Cedera Parah Digigit Biawak

Bayi Perempuan Lapan Bulan Cedera Parah Digigit Biawak
Bayi Perempuan Lapan Bulan Cedera Parah Digigit Biawak

Bayi perempuan berumur lapan bulan yang mengalami kecederaan yang serius di bahagian muka dan kepala disebabkan oleh gigitan seekor biawak di Pulau Tioman telah pun stabil dan ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah di Johor.

Perkara ini terjadi pada pukul 10 pagi di kuarters pekerja Berjaya Resort di Pulau Tioman. Bayi tersebut diletakkan oleh ibunya di lantai dapur dan ibunya terdengar bayi tersebut menangis dengan kuat.

Ibunya yang kembali melihat bayinya terkejut apabila mendapati seekor biawak sedang menggigit dan mencengkam kepala anaknya. Biawak tersebut berusaha untuk menarik keluar bayi ke kawasan semak tetapi gagal apabila ibu bayi berjaya menyelamatkan bayi tersebut.

Bantuan diminta kepada orang awam untuk menghantar bayi ke Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman sebelum dihantar ke Hospital Mersing seterusnya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah.

Bayi terbabit cedera di bahagian muka akibat dicakar haiwan dan doktor telah mencuci luka serta menjahitnya. Pihak hospital memantau kesihatannya supaya bahagian yang cedera tidak dijangkiti bakteria.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam