Bateri iPhone Tahan Lebih Seminggu Dicipta

Bateri iPhone Tahan Lebih Seminggu Dicipta

Bateri iPhone Tahan Lebih Seminggu Dicipta
Bateri iPhone Tahan Lebih Seminggu Dicipta

Penemuan yang menakjubkan apabila bateri iPhone tahan lebih seminggu dicipta sebelum perlu dicas semula telah pun dicipta. Ianya telah dikatakan telah dihasilkan oleh sebuah syarikat Britain.

Syarikat terbabit yang dikenali sebagai Intelligent Energy telah membina sel bahan api mini dengan menggunakan kuasa hidrogen dan oksigen. Prototaip telah dihasilkan dengan menggunakan kedua-dua bahan api yang dipasang di dalam sebuah iPhone 6.

Bateri iPhone tahan lebih seminggu dicipta apabila lapisan besi dan plastik digunakan untuk membakar oksigen dan hidrogen. Wap-wap air dibebaskan melalui lubang-lubang kecil pada bahagian belakang.

Selain itu, sel-sel bahan api tersebut telah berfungsi sebagai bateri tetapi ianya tetap memerlukan bahan api untum melakukan proses pembakaran.

Pengguna-pengguna tidak perlu menggunakan kuasa elektrik untuk mengecas. Pengguna-pengguna hanya perlu mengisi semula gas hidrogen ke dalam sel bahan api dengan menggunakan soket khas yang dihasilkan.

Tambahan pula, syarikat tersebut pernah mencipta alat berkuasa hidrogen unruk mengecas telefon pintar dan alat elektrik yang lain. Penciptaan ini adalah yang terbaru yang melibatkan sel bahan api yang kecil yang dimuatkan di dalam sebuah telefon pintar.

Penciptaan ini bakal menjadi perkara yang menarik kerana tiada pihak lagi yang pernah menghasilkan sel bahan api untuk kegunaan telefon pintar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam