Barisan Nasional Tidak Tanding Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Kelantan

Barisan Nasional Tidak Tanding Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Kelantan
Barisan Nasional Tidak Tanding Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Kelantan

Berita terbaru yang diketahui bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka yang bakal diadakan pada 22 Mac 2015. Ianya bertujuan untuk meneruskan kerja kepada pemulihan banjir yang berlaku di Kelantan sebelum ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut untuk memulihkan keadaan di sana.

Tambahan pula, ada sesetengah mangsa yang menerima bantuan dan masih ramai lagi yang tidak menerima bantuan.Perkara ini menjadikan keutamaan yang tertinggi bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan.

Selain itu, perbezaan politik yang terdapat di negeri tersebut tidak akan menjadi penghalang bagi memastikan perpaduan semua pihak dapat dikukuhkan demi meneruskan hidup di masa hadapan.

Keputusan sebegini pernah dilakukan semasa PRK Parlimen Bukit Gelugor di mana Barisan Nasional tidak meletakkan calon pada Mei 2014. Perbincangan menyeluruh telah dilakukan dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Umno Bahagian Pengkalan Chepa sebelum membuat keputusan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam