Bandar Tianjin China Diancam Letupan 700 Tan Sianida
Penyelamat berusaha dengan gigih bagi membersihkan beratus-ratus tan bahan kimia yang beracun iaitu sodium sianida di dua kawasan letupan yang hebat di timur China sebelum ini.
Tambahan pula, gudang simpanan bahan berbahaya telah meletus di bandar pelabuhan Tianjin tersebut yang menyebabkan bebola api gergasi, kawasan luas dimusnahkan dan semua pihak bimbang berkenaan dengan kesan pencemaran racun.
Lokasi letupan tersebut telah menyimpan beratus-ratus tan sianida iaitu melebihi 30 kali ganda daripada jumlah sianida yang dibenarkan. Sebanyak 700 tan sodium sianida telah disimpan di gudang yang meletup tersebut di mana sepatutnya hanya 24 tan sahaja dibenarkan disimpan di situ.
Pembersihan melibatkan skala yang luas yang bermula selepas kejadian dahsyat tersebut. Walau begitu, tugas pembersihan semakin susah disebabkan oleh 16,500 kontena yang kosong di mana gas sianida yang terperangkap di dalamnya akan terbebas ke udara jika hujan turun.
Tahap sianida pula berada pada paras yang membimbangkan apabila ujian dilaksanakan di dalam air telah menunjukkan sianida melebihi 27.4 kali ganda daripada kandungan biasa. Sianida juga turut berada di sekitar lingkungan satu kilometer dari lokasi kejadian.
Angka-angka kematian pada masa terkini akibat kebakaran dan letupan telah mencecah kepada 114 orang dan 70 mangsa masih lagi hilang. Angka-angka tersebut mungkin bertambah dari sehari ke sehari.
Besarnya skala letupan tu…
Noriza Rahman recently posted…Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal