Arab Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim

Arab Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim

Arab Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim
Arab Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim

Berita yang baik apabila Arab Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim yang dilancarkan oleh Gabenor Madinah iaitu Putera Faisal Bin Salman. Berita ini merupakan sesuatu yang terbaik yang boleh memberikan keadaan yang terbaik buat anak yatim menurut apa yang diperkatan oleh Arab News.

Program wakaf ini telah melibatkan Persatuan Kebajikan Takaful untuk Jagaan Anak Yatim di Madinah. Pada masa sekarang persatuan ini telah mejaga lebih daripada 8,000 anak-anak yatim dengan memberikan sokongan secara terus-menerus yang merangkumi perkara berkaitan dengan kehidupan, kesihatan dan juga pendidikan.

Tambahan pula, Putera Faisal adalah merupakan pengerusi lembaga pengarah Persatuan Kebajikan Takaful. Abdul Mohsin Al-Harbi yang merupakan setiausaha agung telah menyatakan bahawa setiap pokok kurma telah dianggarkan berharga 600 riyal yang bersamaan kira-kira RM710.

Perkara ini termasuklah kos asas setiap pokok, nilai tanah dan proses untuk menjaganya selama dua tahun sehingga pokok tersebut mencapai tahap kematangan berbuah seawal umur empat tahun. Ianya mampu untuk menghasilkan buah sehingga 176 kilogram setiap kali musim penuaian.

Putera Faisal juga telah menunjukkan tanda menyokong program terbabit dengan membeli sendiri sebanyak 100 batang pokok kurma dan telah pun membuka peluang bagi semua orang untuk menderma termasuklan para dermawan bagi menjayakan program ini.

Selain itu, projek amal yang sangat bagus ini berkaitan Arab Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim akan meneruskan aktiviti ini buat bertahun-tahun lamanya untuk melakukan pelbagai perkara lain yang boleh membantu lebih ramai lagi anak-anak yatim secara keseluruhannya. Anak-anak yatim yang tidak mempunyai tempat untuk bergantung akan mendapat manfaat yang berguna disebabkan program amal ini.

Program wakaf ini juga telah dijalankan kajian terlebih dahulu selama setahun dan menunjukkan bahawa kurma merupakan tanaman yang menguntungkan di rantau Asia Barat dan juga menjadi makanan yang popular di kalangan penduduk tempatan. Kurma merupakan makanan yang terbaik untuk kesihatan dan semua pihak seharusnya mengambil peluang yang baik ini untuk menderma sambil membuat amal kebajikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam