Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR Kementerian Kerja Raya

Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR Kementerian Kerja Raya
Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR Kementerian Kerja Raya

Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kerja Raya memang menarik perhatian kepada semua untuk menggunakannya. Aplikasi ini membolehkan semua pengguna jalan raya untuk menyalurkan aduan mengenai jalan yang rosak.

Tambahan pula, Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR merupakan inisiatif yang bagus dengan membuat aduan dengan menggunakan telefon pintar. Ia juga merupakan alternatif tambahan kepada aduan yang sedia ada yang juga bersifat mesra pelanggan.

Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR tersebut baru sahaja dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof semasa Perhimpunan Bulanan kementerian di mana ianya aplikasi ini sesuai dengan perkembangan teknologi pada abad ke 21 ini. Cara-cara untuk menggunakan aplikasi ini boleh merujuk kepada laman web Kementerian Kerja Raya.

Selain itu, perkembangan semasa yang berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit pintar juga memberikan ilham tambahan kepada KKR bagi memastikan aduan-aduan yang dibuat berkenaan dengan kerosakan jalan raya dapat disalurkan dengan pantas dan mudah melalui Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR.

Umum mengetahui bahawa Kementerian Kerjaya Raya sebelum ini telah pun mempunyai beberapa sistem aduan termasuklah melalui emel, telefon dan talian bebas tol. Aplikasi Mobile Aduan Jalan KKR ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kadar pengetahuan KKR mengenai jalan yang rosak dan dapat membaik pulih jalan rosak dengan kadar yang segera supaya pengguna jalan raya dapat menggunakannya dengan selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam