Andrey Melnichenko Merancang Bina Kapal Layar RM1.8 bilion

Andrey Melnichenko Merancang Bina Kapal Layar RM1.8 bilion
Andrey Melnichenko Merancang Bina Kapal Layar RM1.8 bilion

Jutawan Rusia bernama Andrey Melnichenko merancang bina kapal layar rm1.8 bilion. Ianya merupakan sebuah kapal layar mewah bagi kegunaan persendirian bersama-sama isterinya yang juga merupakan seorang supermodel.

Perancangan untuk membina kapal mewah ini yang dinamakan sebagai Sailing Yacht A bakal dibina oleh Andrey Melnichenko yang berumur 43 tahun. Beliau sudah pun memiliki sebuah rumah yang mewah di atas air yang diberi nama Motor Yacht A.

Lapan dek berserta satu ruangan pemandangan besar berada di dalam kapal layar tersebut. Ianya mempunyai kaca melengkung sebesar 17.93 meter persegi dan berat sebanyak 1.8 tan.

Ruangan di bawah bakal membolehkan Melnichenko dan isterinya iaitu Aleksandra menikmati pemandangan di bawah laut. Kru sehingga 54 orang bakal berada di kapal seberat 14,224 tan yang sememangnya akan menjadi kapal layar mewah milik persendirian terbesar di dunia.

Andrey Melnichenko merancang bina kapal layar rm1.8 bilion dengan tiga tiang yang mempunyai ketinggian melebihi menara Big Ben. Kapal ini akan mengalahkan kapal layar Falcon Malta dimiliki oleh Tom Perkins seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat.

Kewangan yang tinggi diperlukan oleh beliau tetapi perkara ini tidak menjadi masalah kerana Mel­nichenko yang mempunyai perniagaan dalam pelbagai bidang termasuk pengeluar baja, arang batu dan tenaga mempunyai kekayaan melebihi RM37.7 bilion.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam