Anak Panda Nuan Nuan Akan Pulang ke China 14 November 2017

Anak Panda Nuan Nuan Akan Pulang ke China 14 November 2017

Anak Panda Nuan Nuan Akan Pulang ke China 14 November 2017
Anak Panda Nuan Nuan Akan Pulang ke China 14 November 2017

Berita terkini yang diketahui bahawa Anak Panda Nuan Nuan Akan Pulang ke China 14 November 2017. Anak panda gergasi betina ini telah dilahirkan di Malaysia.

Tambahan pula, berita ini telah pun dikatakan oleh Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Anak panda ini bakal dihantar terus ke Pengkalan Panda Dujiangyan di Sichuan, China dengan menggunakan Malaysia Airlines Berhad (MAB) Kargo Sdn Bhd.

Anak panda ini yang sememangnya comel mempunyai berat sebanyak 82 kg menjalani latihan dengan berada di dalam sangkar khas beberapa jam sehari supaya dapat membiasakan diri nanti.

Nuan Nuan hanya dipisahkan daripada ibu dan dipertontonkan kepada orang ramai semasa hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah. Majlis perpisahan Nuan Nuan telah diadakan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC).

Keputusan yang sukar untuk menghantar Nuan Nuan pulang ke China tetapi kemungkinan di masa hadapan akan lahir anak panda gergasi kedua di Malaysia.

Nuan Nuan telah memberikan kegembiraan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada pengunjung yang hadir ke Pusat Konservasi untuk melihat panda dengan lebih jelas.

Orang ramai masih lagi boleh melihat Nuan Nuan di GPCC pada setiap hujung minggu dan juga semasa cuti umum sehingga 12 November 2017. Anak Panda bernama Nuan Nuan bermaksud Mesra telah pun dilahirkan pada 18 Ogos di GPCC.

Kelahiran ini adalah selepas 15 bulan ibu bapanya yang bernama Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia. Kedua-dua ibu bapanya dibawa ke Malaysia pada 21 Mei 2014 sempena ulang tahun ke 40 Hubungan Diplomatik Malaysia dan China.

Anak Panda Nuan Nuan Akan Pulang ke China 14 November 2017 berbanding dengan ibu bapanya yang akan berada di Malaysia bagi tempoh 10 tahun. Perjanjian ini yang telah dimeterai pada 15 Jun 2012 telah menyatakan anak panda yang lahir di Malaysia perlu dihantar pulang ke China apabila cukup umur dua tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam