Anak Bulan Zulhijah Dilihat 13 September 2015

Anak Bulan Zulhijah Dilihat 13 September 2015

Anak Bulan Zulhijah Dilihat 13 September 2015
Anak Bulan Zulhijah Dilihat 13 September 2015

Hari Raya Qurban bakal ditentukan dengan anak bulan Zulhijah dilihat 13 September 2015. Ianya bersamaan dengan 1436 Hijrah mengikut apa yang dinyatakan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tambahan pula, tarikh Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bakal diisytiharkan pada malam tersebut oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radion dan televisyen. Semua pihak dapat mengetahui tentang Hari Raya Qurban dan dapat membuat persediaan untuk meraikan hari tersebut.

Anak bulan Zulhijah dilihat 13 September 2015 telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dengan cara menetapkan tarikh berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Jawatankuasa-jawatankuasa telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah di tempat-tempat yang ditetapkan di mana tempat-tempat yang sesuai supaya perkara yang tepat dapat dilaksanakan.

Tempat tersebut ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak dan Kota Baharu yang kesemuanya di Kelantan.

Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil di Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam