AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus Sempena Matta Fair 2013

AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus Sempena Matta Fair 2013

AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus Sempena Matta Fair 2013

AirAsia Bhd menawarkan diskaun 20 peratus bagi penerbangan ke destinasi domestik dan antarabangsa kepada pengunjung Matta Fair 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 15 Mac hingga 17 Mac.

Diskaun 20 peratus penerbangan domestik iaitu laluan Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak serta penerbangan dari hab syarikat itu di Malaysia (Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu) ke pelbagai destinasi antarabangsa di Kemboja, China, India, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

AirAsia X pula menawarkan potongan 20 peratus tambangnya ke destinasi jarak jauh di Australia, China, Korea, Taiwan, Nepal iaitu tempoh perjalanan antara 18 Mac dan 30 September 2013 serta Jepun dengan tempoh perjalanan antara 8 April dan 30 September 2013.

Gerai jualan dibuka dan tawaran eksklusif bagi tempahan penerbangan di Matta 2013 sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam