600000 Kenderaan Guna Lebuhraya Pantai Timur 2 Sepanjang Hari Raya

600000 Kenderaan Guna Lebuhraya Pantai Timur 2 Sepanjang Hari Raya
600000 Kenderaan Guna Lebuhraya Pantai Timur 2 Sepanjang Hari Raya

Hari Raya merupakan perkara yang sangat menyeronokkan untuk semua dan berita menarik bahawa 600000 Kenderaan Guna Lebuhraya Pantai Timur 2 Sepanjang Hari Raya.

Kenderaan yang melalui laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 akan meningkat lebih kurang empat kali ganda sepanjang musim Hari Raya Tahun 2017 ini.

Datuk Aidi Ismail iaitu selaku Ketua Polis Terengganu telah pun menyatakan bahawa pihak polis menjangka bahawa terdapat lebih kurang 600,000 kenderaan yang akan menggunakan jalan tersebut untuk pulang ke kampung halaman.

Pihak polis bakal menempatkan pegawai dan anggota di sepanjang jalan bagi memastikan semua pergerakan kenderaan dapat dimudahkan dan trafik berada dalam keadaan yang lancar.Perkara ini juga dapat mengurangkan kesesakan laluan tersebut disebabkan oleh kenderaan yang terlalu banyak.

Pada tahun 2016, lebih kurang 500,000 kenderaan tekah menggunakan laluan tersebut dan ianya akan mengalami kesesakan bermula 22 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017. Kesesakan yang teruk kemungkinan akan berlaku khasnya di laluan keluar seperti Plaza Tol Gemuroh.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 11/2017 telah dirasmikan di Plaza Tol Ajil oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu iaitu Tuan Roslee Daud.

Pegawai dan anggota trafik juga akan ditempatkan di laluan keluar supaya dapat mengatasi masalah kesesakan dan juga mengesan kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu.

Pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan seperti melebihi had laju, memotong barisan, menyalahgunakan lorong kecemasan dan juga kesalahan-kesalahan lain.

Tambahan pula, kesesakan juga diramalkan akan berlaku di 7 laluan lain yang merangkumi daerah Kuala Terengganu, Besut dan Setiu.

Daerah Kuala Terenganu melibatkan Jalan Sultan Mohamad, Jalan Tengku Mizan, Bulatan Batu 6 menghala ke Banggol Air Lilih dan Plaza Tol Kuala Terengganu manakala dua di Setiu iaitu Persimpangan Chalok dan Persimpangan Guntung Luar dan Pekan Jertih di Besut.

10 peratus daripada 3,474 pegawai dan anggota polis Terengganu dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri pada tahun 2017.

530 orang termasuk 188 pegawai dan anggota trafik akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas bagi memberikan kemudahan kepada pengguna jalan raya dan juga lebuhraya.

Pegawai dan anggota polis yang terlibat bertugas memantau 600000 Kenderaan Guna Lebuhraya Pantai Timur 2 Sepanjang Hari Raya diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya melibatkan kes kematian.

Anggota-anggota dari cawangan lain juga akan digerakkan bagi mengawal jenayah-jenayah lain terutama kes berkaitan pecah rumah dan mencuri sempena penghuni pulang beraya ke kampung halaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam