3000 Peluang Pekerjaan MyRezekiFest Kepada Belia

3000 Peluang Pekerjaan MyRezekiFest Kepada Belia
3000 Peluang Pekerjaan MyRezekiFest Kepada Belia

Golongan muda terutamanya kepada lepasan sijil dan diploma telah ditawarkan 3000 peluang pekerjaan MyRezekiFest kepada belia. Ianya dilakukan sempena Mini Karnival Kemahiran 2015 yang telah pun berlangsung di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar, Perak.

Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Perak mendapat kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja (Jobs Malaysia) dan Pusat Kerjaya Amanjaya telah pun dirasmikan oleh ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Encik Ahmad Kamal Idris B. Mohd Nawi selaku Pengarah KEMAS Perak telah menyatakan bahawa MyRezekiFest dan Mini Karnival Kemahiran yang telah bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Program ini adalah di bawah Program Transformasi Belia Luar Bandar.

3000 peluang pekerjaan MyRezekiFest kepada belia menyasarkan belia dari seluruh negeri Perak yang telah menawarkan peluang pekerjaan, pendidikan, latihan dan pembiayaan keusahawanan.

Golongan belia boleh menjadikan program ini sebagai paltform terbaik yang menggabungkan tiga agensi iaitu Agensi ‘Career Matching’, Agensi Keusahawanan serta Agensi Pendidikan dan Latihan Kerjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam