25 Doktor ke Kathmandu dihantar Kelab Putra 1Malaysia

25 Doktor ke Kathmandu dihantar Kelab Putra 1Malaysia

25 Doktor ke Kathmandu dihantar Kelab Putra 1Malaysia
25 Doktor ke Kathmandu dihantar Kelab Putra 1Malaysia

Pasukan perubatan yang melibatkan seramai 25 orang doktor telah pun dihantar oleh Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) ke Kathmandu untuk memberikan bantuan perubatan disebabkan oleh gempa bumi yang melanda di negara Nepal sebelum ini.

Pasukan tersebut bakal membawa banyak bekalan perubatan, makanan, pakaian dan selimut yang akan diagihkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut. Pasukan tersebut di mana diketuai oleh Presiden KP1M iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO akan berlepas dengan secepat mungkin.

Tambahan pula, diberitakan bahawa bekalan makanan di sana tidak mencukupi dan pasukan ini akan berusaha sedaya upaya untuk menghantar bantuan secepat mungkin. Ubat-ubatan yang sesuai juga dicari bersama-sama dengan selimut dan pakaian.

Kawasan di sekitar Kathmandu sahaja yang boleh dilalui sama ada melalui udara manakala di kawasan sekitarnya melalui jalan darat masih lagi terputus hubungan. Semoga bantuan daripada pelbagai negara dapat disalurkan dengan segera bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di negara Nepal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam