Berita terbaru yang diketahui bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka yang bakal diadakan pada 22 Mac 2015. Ianya bertujuan untuk meneruskan kerja kepada pemulihan banjir yang berlaku di Kelantan sebelum ini.
Berita terbaru diketahui bahawa syarikat pembekal domain iaitu Dot ML telah melancarkan domain .ML di mana diramalkan dua hingga tiga juta pengguna perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menggunakan.
Berita mengejutkan yang berlaku pada minggu ini apabila pengulas sukan terkenal di Malaysia iaitu Datuk Hasbullah Awang telah pun meninggal dunia akibat sakit jantung. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada pukul 12.20 tengah hari semalam.
Tarikan terbaru yang terdapat di Pulau Langkawi apabila siapnya Muzium Lukisan 3D yang terbesar di negara Malaysia. Muzium ini bernilai RM 17 juta yang terletak di Oriental Village, Teluk Burau yang telah pun dibuka kepada orang ramai.
Berita terbaru yang diketahui bahawa sebuah pesawat ATR-72 yang dimiliki oleh TransAsia Airways telah terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taipei, Taiwan selepas berlanggar dengan jejambat.
Jenazah seorang siswi Uitm Pulau Pinang iaitu Nursyuhada Johari telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba di Jitra Kedah. Pengkebumian tersebut dilakukan pada pukul 11 pagi pada hari ini.
Seorang suspek yang dipercayai mengelar dan menikam seorang siswi bernama Nursyuhada Johari di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan hampir dengan Bukit Gantang telah pun direman selama tujuh hari.