November 2014 - Berita Semasa Online

Month: November 2014

Keputusan UPSR 2014 Seramai 36,304 Calon Semua A

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun diketahui pada hari ini. Seramai 36,304 calon telah mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Mengikut apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR telah mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

Venice Itali Halang Pelancong Tarik Beg Beroda 2015

Majlis Perbandaran Venice di Itali telah pun membuat undang-undang baru yang bakal mengharamkan pelancong asing menggunakan bagasi yang ditarik atau pun bagasi beroda. Ianya tidak boleh digunakan di jalan raya kerana dikatakan terlalu bising. Peraturan ini yang bakal dikuatkuasakan mulai Mei 2015 akan dikenakan kepada pelancong asing. Pelancong-pelancong yang melanggar peraturan ini bakal dikenakan denda

Syabas Tidak Terima Bayaran Bil Air di Kaunter TM

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. iaitu (Syabas) tidak menerima lagi pembayaran bil air melalui kaunter pembayaran milik Telekom Malaysia Berhad (TM). Ianya termasuk ejen lantikan bermula 1 Disember 2014. Pihak Syabas juga tidak menerima pembayaran bil telefon TM di semua kaunter perkhidmatan mengikut tarikh yang sama juga. Pengguna-pengguna bagi perkhidmatan ini masih mempunyai kelebihan

Telemovie Man Rider Guna Teknik Computer Graphic Image

Uniutama Management Holding Sdn Bhd yang dimiliki oleh Universiti Utara Malaysia telah menerbitkan telemovie yang baru bertajuk Man Rider yang banyak menggunakan teknik Computer Graphic Image (CGI). Ianya merupakan projek pertama yang menggabungkan teknik CGI dan animasi yang menggunakan bajet yang besar kerana mempunyai aksi seperti motor terbang, UFO dan macam-macam lagi.

Senarai Pemenang Majlis Anugerah Skrin 2014

Anugerah Skrin 2014 baru sahaja berlangsung pada malam tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kemeriaahan dirasai sepanjang berlangsungnya majlis ASK 2014 dengan penuh gilang-gemilang. Pemenang-pemenang yang berjaya mendapat anugerah pada majlis ini adalah seperti berikut:

Naik Taraf Sungai Bertam Cameron Highlands Elak Banjir

Kerja-kerja menaik taraf Sungai Bertam akan memerlukan peruntukan sebanyak RM40 juta. Ianya dapat mengelak daripada Cameron Highlands akan mengalami kejadian banjir kilat dan tanah runtuh lagi. Datuk Seri G. Palanivel selaku Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan bahawa peruntukan tersebut dapat mendalamkan Sungai Bertam dan melakukan pembersihan kawasan berdekatan serta menanam pokok.

Ahmad Rafikin Mangsa Hilang Maraton Ditemui Meninggal Dunia

Ahmad Rafikin Azman berumur 16 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang telah hilang dijumpai mati oleh sukarelawan mencari dan menyelamat. Arwah menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang yang telah ditemui oleh anggota penyelamat lebih kurang pukul 3.30 petang di celah-celah batu yang tidak jauh

Rebat 30 Peratus Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

Berita baik kepada pengguna-pengguna tol elektronik di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kerana bakal terus menikmati rebat sehingga 30 peratus sehingga akhir tahun 2014. Rebat yang diberikan ini bermula dari 1 September 2014 yang dilanjutkan untuk kenderaan kelas pertama yang membayar tol menggunakan kad Plusmiles, Touch ‘n Go atau SmartTag.

Pahang Juara Oppo Piala Malaysia 2014

Pasukan Pahang telah mempertahankan kejuaraan dan berjaya mendakap Oppo Piala Malaysia 2014 buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Johor Darul Takzim pada perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2 pada permainan normal 90 minit. Pada masa tambahan 30 minit juga masih kekal dengan jaringan yang sama. Kemenangan Pahang telah diraih