March 2014 - Berita Semasa Online

Month: March 2014

Pejabat Jual Tiket Malindo Air di Kuala Lumpur

Malindo Air yang merupakan syarikat penerbangan hibrid Malaysia telah memulakan penjualan tiket di Kuala Lumpur untuk memberikan kesenangan kepada warga bandar raya. Malindo Air bakal membuka banyak lagi pejabat penjualan tiket di lapangan terbang pada masa depan untuk meluaskan lagi pasaran. Pejabat terletak di tingkat bawah, 2 Lorong Medan Tuanku 1, Off Jalan Tuanku Abdul

Bola Sepak Malaysia Tangga ke 141 Dunia

Malaysia telah pun melonjak sebanyak sembilan anak tangga ke kedudukan 141 dunia pada ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA). Perkara ini berkaitan dengan kemenangan skuad Harimau Malaya mengalahkan Yemen 2-1 pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015. Mereka juga telah seri 1-1 menentang Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Majlis Perbandaran

Datin Paduka Chew Mei Fun Lawan Datin Seri Wan Azizah PRK DUN Kajang

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri bagi DUN Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac 2014 melibatkan pertembungan satu lawan satu antara calon wanita Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Naib Presiden MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun adalah mewakili BN dan bagi PKR pula iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim selaku Presiden PKR

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Selamat Bernikah

Syamsul Yusof yang berumur 30 tahun merupakan pengarah dan pelakon popular telah bernikah dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang berumur 29 tahun pada pukul 10.30 pagi hanya dengan sekali lafaz di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran bersama mas kahwin berjumlah RM 1,111 ringgit dan pengantin wanita memberikan sembilan

Pertukaran Hak Milik Kenderaan Guna Sistem Biometrik

Pertukaran hak milik kenderaan melalui sistem biometrik akan bermula April 2014 bagi mengelakkan kes pemalsuan dokumen. Pemilik asal dan bakal pemilik mestilah hadir ke kaunter JPJ berhampiran bagi mendaftarkan cap jari masing-masing sebelum memulakan transaksi jual beli. Penjual tidak perlu menggunakan banyak borang dan dilakukan sepantas 10 minit walaupun berada di dua lokasi berbeza. Ianya

Panel Suria Dipasang di 100 Sekolah Menjelang Tahun 2015

100 buah sekolah di seluruh negara bakal dipasang panel-panel suria menjelang tahun 2015 pada Fasa Ketiga. Perkara ini dapat meningkatkan jumlah kapasiti kuasa kepada 690kWp daripada 190 kWp Penjanaan tenaga bersih boleh dibaharui boleh meningkatkan tenaga kepada 472,260 kWj dan boleh menghalang kira-kira 367,160 kg karbon dioksida dilepaskan ke udara setiap tahun.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud Yang Dipertua Negeri Sarawak

Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak. Tan Sri Adenan Satem membacakan watikah pelantikan yang disampaikan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur. Seterusnya, Tan Sri Abdul Taib mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah