20 Pekerja Ambil Masa Lima Bulan Hasilkan Gaun Cinderella

20 Pekerja Ambil Masa Lima Bulan Hasilkan Gaun Cinderella
20 Pekerja Ambil Masa Lima Bulan Hasilkan Gaun Cinderella

Perkara yang mengagumkan telah dilakukan oleh 20 orang pekerja dengan mengambil masa selama lima bulan bagi menyiapkan gaun yang dipakai oleh Lily James sempena filem Cinderella. Filem tersebut telah ditayangkan sebelum ini dan telah mendapat sambutan yang meriah daripada penggemar filem.

Tambahan pula, pereka-pereka fesyen yang terlibat ialah Sandy Powell dan Jane Law untuk menghasilkan gaun mewah itu. Filem yang diarahkan oleh Kenneth Branagh itu menggunakan gaun mewah tersebut dalam adegan tarian.

Fabrik-fabrik yang berkualti digunakan dalam penghasilan gaun mewah tersebut yang mempunyai pelbagai warna biru yang berkilau-kilau supaya dapat menghasilkan busana magik asli.

Selain itu, gaun mewah tersebut yang mempunyai struktur tertentu dimulai dengan bahagian pakaian dalam, korset dan kemudiannya gelung skirt yang diperbuat daripada besi.

Gaun tersebut sungguh besar yang mempunyai kristal Swarovski seterusnya menampakkan Lily James mempunyai pinggang yang begitu ramping.

Fakta lain yang juga boleh diketahui bahawa Lily James telah mengambil masa selama 20 minit untuk memakai gaun mewah itu dan gaun tersebut tidak boleh dicuci jika mempunyai kotoran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam