2 Juta Vaksin Meningitis Diedar Arab Saudi Sempena Musim Haji

2 Juta Vaksin Meningitis Diedar Arab Saudi Sempena Musim Haji

2 Juta Vaksin Meningitis Diedar Arab Saudi Sempena Musim Haji
2 Juta Vaksin Meningitis Diedar Arab Saudi Sempena Musim Haji

Kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah berjaga-jaga berikutan musim jemaah haji 2015 yang akan tiba tidak lama lagi.

Dua juta vaksin meningitis telah pun diedarkan di pusat kesihatan sekitar 20 wilayah dan di bahagian pentadbiran di seluruh Arab Saudi bagi diberikan kepada semua jemaah haji tempatan.

Tambahan pula, semua jemaah haji pada musim 2015 wajib untuk mendapatkan suntikan vaksin itu dan juga vaksin penyakit yang lain.

Petugas-petugas haji diperlukan untuk membawa sijil vaksin meningitis yang mesti diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum memasuki negara itu di mana dokumen mestilah tidak lebih daripada tiga tahun.

Selain itu, situasi penyakit berjangkit lain juga sedang dipantau oleh kementerian yang turut juga dipantau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

86 pusat bagi suntikan vaksin meningitis di sekitar bandar telah pun dibuka kepada penduduk-penduduk di situ.

Beberapa pusat juga telah dibuka bagi memberikan perkhidmatan dan maklumat kesihatan kepada para jemaah haji. Pihak kesihatan juga telah menyediakan perkhidmatan terapi bagi jemaah haji yang mempunyai penyakit kronik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam