150 Mati Berebut Minyak Lori Tangki Kemalangan

150 Mati Berebut Minyak Lori Tangki Kemalangan
150 Mati Berebut Minyak Lori Tangki Kemalangan

Perkara yang sememangnya sangat berbahaya yang dilakukan oleh orang ramai apabila 150 mati berebut minyak lori tangki kemalangan. Perkara ini berlaku di Sudan Selatan apabila tiba-tiba lori tangki minyak meletup di saat orang ramai sedang mencedok minyak petrol yang tumpah.

Pada mulanya jumlah kematian hanya 85 orang tetapi angka tersebut bertambah kepada 150 orang kerana ramai yang melecur teruk disebabkan letupan tersebut.

Tambahan pula, mayat-mayat yang telah rentung telah ditemui oleh pihak berkuasa di kawasan tersebut di mana letupan itu berlaku di jalan yang terletak lebih kurang 250 kilometer ke arah barat bandar Juba dan hampir dengan pekan kecil Maridi.

Doktor-doktor yang merawat mangsa telah memaklumkan bahawa mereka telah bekerja keras dengan bekalan ubat yang sedikit termasuklah kekurangan pil tahan sakit.

150 mati berebut minyak lori tangki kemalangan telah menyebabkan suasana di hospital sangat kelam-kabut yang dipenuhi dengan mangsa-mangsa yang melecur. Punca berlaku perkara ini disebabkan oleh kadar kemiskinan yang tinggi di Sudan Selatan telah menyebabkan inflasi yang tinggi dengan harga-harga barang yang meningkat naik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam